Monday 19 May 2014

BAU BAYI ITU DARI BAU SYURGA..SUBHANALLAH


Setiap kali saya mencium si manja saya...pasti akan terbit suatu perasaan damai, tenang, nyaman dan tak dapat untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Pada saya bau baby cukup indah, harum dan terlalu suci. Hinggakan rasa nak cium je baby sepanjang hari. Mama semua setuju tak? Saya rasa mama semua juga rasa begitu kan? Saya memang sukakan baby n kanak2 kecil..rasa seronok n hilang tekanan bila tengok mereka..

Agak-agaknya kenapalah ya?

Bau Bayi Bau Syurga


Rupa-rupanya bayi baru lahir yang baunya harum dan suci itu digambarkan sebagai bau syurga. 


Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya :

 “Bau bayi itu (berasal) dari bau syurga”
(Al- Jami’u Ash-Shagril. Hal : 164)

 Subhanallah betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.

Walaubgaimanapun, ini bukan bererti bau syurga itu seperti bau bayi yang baru dilahirkan, tetapi hanyalah sebagai bentuk kiasan bahawa bayi yang baru lahir itu suci, tidak berdosa dan sekiranya bayi itu meninggal pasti akan masuk syurga. Oleh sebab itu, bau bayi itu digambarkan sebagai bau syurga.


Jadi jom mama semua kita cium baby kita heeeeee :) 

No comments:

Post a Comment