Salam dearest sahabat semua:)
Gambar Sekadar Hiasan -- Jangan MALAS Minum AIR ya:) |
Bila saya share pada sahabat-sahabat yg kita kena amalkan 3L air setiap hari...ramai yg mengeluh dan ramai yg cakap:
"alaa susahnya"
"alaa nanti asyik nk kena ke toilet je...malasla"
"selalu terlupa sebab sibuk bekerja"
Jangan beri alasan dan MALAS ya sahabat-sahabat semua...sebab air sangat penting bagi memastikan yg sistem tubuh kita dapat berfungsi secara efektif dan supaya suplemen yg kita ambil dapat diserap dgn sempurna ke dalam badan kita...rugila kalau beli suplemen mahal2 lepas tu tak nak minum air kan...lepas tu mula la kita rasa tak bagusla suplemen ni..takde kesan pun...
Minum air masak@kosong ya sahabat-sahabat bukannya air manis , air berwarna , air berperisa atau air yg bergas...Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Bila darah pekat secara tak langsung pengaliran dan pengankutan darah ke seluruh tubuh akan terjejas....dari situ mula la kita akan rasa tak sihat dan macam2 lagi boleh berlaku...
Dalam entri yang terdahulu saya ada kongsikan betapa PENTINGNYA AIR dalam kehidupan kita seharian. Air juga tersangatlah penting juga untuk kekal sihat dan awet muda gitew heee...tak perlu buat pembedahan plastik ke cucuk sana cucuk sini ke....mudah je, hanya minum air secukupnya setiap hari dan boleh amalkan petua minum air dengan betul. Anda boleh klik di sini untuk artikel tersebut ya.
Jadi hari ini saya nk kongsikan sedikit TIPS untuk minum air dengan banyak dan secukupnya dalam satu hari...Saya dapat tips ini dari blog seorang sahabat dan saya sangat suka dengan tips yg dikongsikan jadi bagi mereka yg rasa SUSAH SANGAT untuk minum air, mungkin anda boleh cuba ya TIPS ini:
1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
8. Semak pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.
Mudah je kan? Jom minum air ya! Suplemen yang kita makan juga akan lebih mudah dan cepat diserap jika kita minum air masak banyak2..Dan rasailah kehidupan yg lebih segar dan sihat:)
No comments:
Post a Comment