Assalamualaikum..selamat pagi semua,,semoga mendapat kesihatan yang baik..amin..
Entry hari ini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai kesihatan JANTUNG. Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting kerana berfungsi mengepam darah beroksigen dan nutrient ke seluruh badan seperti sungai yang mengalir,memberi kehidupan kepada manusia. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup dengan ceria,aktif dan gembira.
Namun tanpa kita sedari, penyakit jantung menjadi PEMBUNUH senyap di kalangan kaum lelaki malah wanita dan ianya semakin menular dalam masyarakat.Namun bagi wanita,mereka memiliki tahap estrogen yang tinggi (sebelum menopaus) menjadikan kaum lelaki boleh mendapat penyakit ini 10 tahun lebih awal dari kaum wanita.
Gejala Penyakit Jantung
Penyakit jantung korinari juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Hal ini selalunyanya disebabkan oleh salur darah pada jantung tersumbat. Kekurangan darah yang berterusan mampu menyababkan kegagalan atau kematian otot pada jantung untuk terus berdegup dan boleh menyebabkan mati mengejut. Oleh itu, sebelum ia menjadi lebih parah, baik kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini dan lakukan persediaan dan pencegahan awal.
Tanda Awal Penyakit Jantung
- Sakit dada. Hal ini disebabkan oleh oto-otot jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
- Sukar bernafas. Ia juga dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea di mana jantung kurang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badandan kembali semula ke jantung dan paru-paru. Kesukaran bernafas juga berlaku di waktu malam dan kebiasaanya ketika tidur dan sedang baring. Untung mengatasi masalah ini, boleh amalkan dengan menarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya perlahan-lahan.
- Kurang selera makan. Pengumpulan cairan dalam hati atau system pencernaan mengakibatkan kurang selera makan.
- Kerap Buang Air Kecil. Berlaku apabila cairan melalui aliran darah terkumpul pada ginjal pada siang hari.
- Mudah letih ,lelah, pening kepala dan muntah. selalunya berlaku tanpa sebab. Hal ini keranan tubuh tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.
Antara Punca Bagi Risiko Penyakit Jantung
- Obesiti (BMI melebihi 30kg/m2)
- Darah Tinggi
- Merokok
- Tahap Kolestrol yang tinggi
- Kurang aktif
- Kencing manis
- Mikroalbuminuria atau anggaran GFR kurang 60 mL/min
- Sejarah keluarga menghidap penyakit jantung
Tips Mencegah Penyakit Jantung
Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung:
- Mengawal tekanan darah
- Berhenti merokok
- Membuat pemeriksaan tahap kolestrol
- Menjaga pola pemakanan yang seimbang dan tinggi serat (buah dan sayuran).
- Kekalkan berat badan ideal.
- Membuat pemeriksaan kencing manis dan jika dijangkiti,pastikan ia di bawah kawalan.
- Pemeriksaan kesihatan yang berkala.
Namun begitu,senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit, kita mampu mencegah penyakit jantung di peringkat awal.
- Menguatkan dan meningkatkan keupayaan otot jantung dan mengurangkan bebanan pada jantung anda.
- Meningkatkan kadar kandungan oksigen yang dibekalkan kepada otot jantung.
- Meningkatkan tahap kolestrol baik sebagai pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolestrol berketumpatan tinggi’ (HDL).
- Membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan.
- Mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan stress dan tekanan perasaan.
- Membantu anda tidur dengan nyenyak.
SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Dalam dunia serba moden dan arus pembangunan yang pesat menjadikan manusia semakin sibuk dan menyebabkan aktiviti harian terbatas dengan karier dan kerjaya. Namun begitu,ia bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kesihatan jantung. Pelbagai supplement terhidang di luar sana namun haruslah bijak untuk memilih sesuatu yang tulen dan semulajadi. Antara supplement yang terbaik untuk penjagaan jantung ialah:
CoQ Health Plus
- Membantu menyokong penghasilan tenaga kepada jantung.
- Meningkatkan peredaran darah
- Menggalakkan kesihatan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL.
- Membantu mengekalkan dan menambah kandungan CoQ10 dalam darah.
- Merawat kegagalan jantung.
- Membantu dan memelihara tekanan darah pada tahap normal.
- Membaiki kesihatan kardiovaskular.
- Membantu melancarkan aliran darah.
Lecithin
- Melindungi system jantung dari masalah kolestrol (fat emulsifier)
- Memecah serta mencairkan lemak dan kolestrol.
- Mengurangkan lemak yang tersumbat di dalam salur darah.
- Meningkatkan tahap kolestrol baik (kolestrol berketumpatan tinggi,HDL)
**Amat berkesan diambil bersama EPA dan Fiber (Omega Guard dan Alfalfa)
Alfalfa Complex
- Bertindak sebagai span menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolestrol dari tubuh.
Ingin berbisnes dan jana pendapatan di rumah??
No comments:
Post a Comment